Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Zara Amani

Genre

: Pop Melayu

UPC

: ZRA00001

ISBN

: 9789675849389

Publisher

: Buku Prima

Total Pages

: 630

Coklat, Bunga & Si Cupid

Tiga orang pemuda di hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bergaya mengisi kamar hati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan mentari indah. Apatah lagi wajahnya yang semirip Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara . Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.

Haidi tersenyum melihat reaksi gadis itu sebelum meminta diri untuk beredar. Mata Rania tidak berkelip-kelip memandang pemuda itu. Hatinya masih tidak berhenti memuji makhluk ciptaan tuhan yang paling kacak itu.

'Pickpocket? Is that what you think? What can I steal from you? - Fakhrul Qazril Amani

Hatinya menjerit saat memandang Rifdi yang berlagak selamba bagaikan tiada apa-apa yang pelik. Dia pula kini yang dihantui dengan seribu persoalan. Bagaimana pemuda ini boleh sampai ke sini? Siapa pula yang memandai-mandai memberitahunya?

Rania menjadi tidak keruan. Bayangan Haidi muncul dalam ingatan. Pantas dia menarik jari-jemarinya daripada genggaman pemuda itu lalu menyarungkan sarung tangannya semula. Bagaikan tidak mahu lagi disentuh pemuda itu. Apakah maknanya semua ini? 


You might also like these books...

Berikan Cintamu

Author : Rose Harissa

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Belaian Jiwa

Author : Eka Fahara

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Jangan Lupa Namaku

Author : Hananee Amir

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com