Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Aleya Aneesa

Genre

: Pop Melayu

UPC

: ANE00012

ISBN

: 9789831249406

Publisher

: Karangkraf

Total Pages

: 662

Kahwin Dengan Saya?

Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi, bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon Umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon opera cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak.

Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apalagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut.

Namun pertama kali bertemu Qara Nisa…. ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh oleh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia.

Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.

“Kahwin dengan saya? Saya akan jaga awak macam saya jaga nyawa saya sendiri.”

Itu janji Haq yang menusuk jauh kehati Qara. Sebuah rumah berwarna ungu dan keluarga sempurna, bagaikan indah di mata. Ya...pilihan perlu di buat walaupun pilihan itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan.
 


You might also like these books...

Rindu Semalam

Author : Puteri Andalas

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Mr Right Buat Ann

Author : Ruby Hazri

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Cinta Kuasa Tinggi

Author : Azleya Shadzalin

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com