Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: A. Darwisy

Genre

: Pop Melayu

UPC

: ADY00002

ISBN

: 9789674460341

Publisher

: Karangkraf

Total Pages

: 499

Biar Mereka Cemburu

Nadia, satu satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik,agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak Tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut untuk meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, muncul pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dahsyat!

Iedil, anak Tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata ingin berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni?

Pitam!! Disana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. Jangan main-main, istikharah di Paris! Kau mampu?
 


You might also like these books...

Janji Assila

Author : Liana Afiera Malik

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Eksperimen Cinta

Author : Anjell

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Asmara Yang Pertama

Author : Nass Alina Noah

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com