Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Zainuddin Maidin

Genre

: Biographies,
Political

UPC

: MM000007

ISBN

: 9676104841

Publisher

: Utusan Publication & Distributors SDN BHD

Total Pages

: 347

Mahathir DI Sebalik Tabir

Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ialah tokoh kontroversi, tetapi tidak ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang penting dalam senarai jawatan Perdana Menteri Malaysia sehingga kini. Tidak diragui beliau ialah Perdana Malaysia yang paling terkenal selepas Tunku Abdul Rahman.

Namun begitu beliau juga adalah tokoh yang membingungkan, digerakkan oleh politiknya yang pragmatik sebagaimana yang terzahir oleh visinya membina Malaysia baru sebagai sebuah negara industri dalam menempuh abad ke-21. Semasa kekuasaannya, beliau banyak melakukan perkara yang menghairankan baik di kalangan rakan-rakan mahupun musuh-musuhnya. Beliau telah menyaksikan pemergian dua timbalan beliau yang amat dipercayai, dan berjaya memikat orang yang pernah dianggap mustahil sebagai sekutunya, Anwar Ibrahim, bekas aktivis Islam yang kini dilihat sebagai penggantinya. Dr. Mahathir juga memupuk generasi baru usahawan Melayu, contohnya multijutawan Daim Zainuddin dan pantas pula membawa Malaysia ke era industrialisasi.

Dalam buku ini, wartawan veteren dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan, Zainuddin Maidin (lebih dikenali sebagai Zam) mengungkap tokoh ini di sebalik keistimewaan politiknya, di samping berusaha menjawab soalan-soalan yang membuatkan Dr. Mahathir sentiasa berdetik.

Zam memang layak menulis tentang Dr. Mahathir. Beliau pertama kali bertemu bakal Perdana Malaysia ini sewaktu masih menjadi pelajar sekolah dan tinggal di kawasan setinggan di Kedah, apabila terpaksa menjemput Dr. Mahathir untuk merawat datuknya yang sakit tenat. Insiden ini digambar dengan begitu jelas dalam bab permulaan buku ini. Zam kemudian mengenali Dr. Mahathir dengan lebih dekat, dan terus rapat dengan beliau dalam susah dan senang, baik sebagai teman dan tempat meluah perasaan. 


You might also like these books...

Mehdi: Nothing is Im...

Author : Alexander, Roy

Genre : Self Help,Business & ...

 0 Ratings

Mandela: The Authori...

Author : Sampson, Anthony

Genre : Biographies

 0 Ratings

Cerita Cinta Ahmad A...

Author : Anonymous

Genre : Biographies

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com