Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Dekna Lee

Genre

: Pop Melayu

UPC

: DEE00004

ISBN

: 9789670907178

Publisher

: Love Novel

Total Pages

: 534

Italian Boy

Benji pulang ke Malaysia setelah habis belajar dengan membawa gelaran bekas model sambilan di USA. Pulangnya disambut oleh Oddie, anak kawan baik mamanya, orang yang langsung tidak pernah bertegur sapa dengan dia sepanjang hidupnya.

Oddie, dia dah jangka sangat niat mama mereka untuk menyatukan dia dengan crushnya semenjak kecil itu. Namun, semakin dia kenal Benji, semakin annoying dia dengan sikap mamat Itali itu.

Kemunculan Amzar dan Ikram membuatkan perangai Benji semakin aneh. Benji selalu tenung dia, ajak dia keluar dan sebagainya walaupun ketika itu Benji dah ada kekasih yang dipanggil ‘darling'. Semakin lama, Benji semakin berani bermain dengan api.

“I miss you.” - Benji

“Tell that to your darling!” - Oddie

Mungkin sebab jodoh, mereka bersatu juga sebagai sepasang tunang. Oddie tahu, dia bertunang dengan jejaka pilihan Malaya memandangkan Benji telah lama menyambung kariernya sebagai model tetap di Malaysia.

“Benji, tentu hidup dia lebih banyak berhadapan dengan perempuan lain. Yang bodi cantik, muka cantik... bukan seorang dua yang nakkan dia. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.” - Sofian, abang Oddie

Oddie rela dilambung ombak berkali-kali asalkan buah hatinya di sisi. Siapa sangka, dugaan bertunang dengan orang glamor ini besar sungguh. Patutlah Sofian menitipkan pesanan begitu. Oddie sering makan hati apabila ‘darling' Benji mendapat perhatian media semenjak kecoh berita tentang pertunangan mereka.

Mereka diuji berkali-kali sehingga Oddie mula rasa teragak-agak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Kemunculan bapa kandung Benji memburukkan lagi keadaan.

“…Oddie nak ajak dia bincang dalam-dalam. Oddie tak mampu nak teruskan dah.” - Oddie

Apakah kesudahannya? Kuatkah jodoh antara mereka atau salah seorang daripada mereka terpaksa menyerah kalah? Kukuhkah rumah di tepian pantai dipukul deruan ganas ombak yang menghempas?  


You might also like these books...

Budak Momok II

Author : Ahadiat Akashah

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Dia Pengantinku

Author : Nurfaza Alisya

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Bidadari Cinta

Author : Manera Muhammad

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com