Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Hadi Fayyadh

Genre

: Islamic Novel

UPC

: HAD00001

ISBN

: 9789671427606

Publisher

: Iqes Tijarah Trading

Total Pages

: 299

Semusim Di Barzakh

Syahdu kota persisir pantai itu, terusik lantas melayangkan aku ke sebuah dimensi dunia yang tidak bertepi.

Raungan dan ratapan Humaira, wanita berpurdah yang mengakhiri nafasnya untuk terjun dari bangunan nan tinggi. Mengapa itu jalan kesudahanmu?

Bayi kudung, tidak punyai kaki dan tangan mengejar aku sejak dari itu. Aku berlari ke sebuah lembah, cukup asing, gurun oasis, fatamorgananya berbeza dari segala. Langit menjerit, suara bagai memendam perit, kabus hitam pekat, tanah merekah, pasir berterbangan dibawa angin gersang yang dahagakan seksaan.

Wanita tidak berwajah, rambut merebah ke tanah berjalan ikut aku dari belakang, kakiku terasa berat. Disana aku terlihat, ada manusia dipuncak bukit kering, aku tidak terduga untuk mendakinya. Hanya kedengaran suara pekikan, lolongan bagai dimakan haiwan kelaparan. Aku berlari, bagai tidak miliki kaki. Masa melintas aku kedepan.

Cahaya memantulkan aku kebelakang. Sungguh aku tidak faham dimensi dunia yang berlainan. “Fayyadh, takutkah kamu?” badanku luruh bergetar ketakutan, ia terbenam dalam-dalam. Suara itu memanggilku. Aku seperti dihalau menuju ke sebuah perjalanan. Aku dihimpit, dipijak, kesakitan, semua wajah tunduk suram. Mereka langsung tidak berbicara.

Apakah sebenarnya dimensi alam yang dilalui Fayyadh? Suara siapakah yang didengarinya?

Apakah kaitan Fayyadh, Humaira dan wanita tidak berwajah dengan travelog ini?

Dan kenapakah bayi kudung itu sentiasa ada dalam mimpi-mimpinya? Bagaimanakah Fayyadh menamatkan destinasi terakhirnya? 


You might also like these books...

Rooftop Rant

Author : Hlovate

Genre : Pop Melayu,Islamic N ...

 0 Ratings

Bintang-Bintang Ke S...

Author : Xarine

Genre : Islamic Novel

 0 Ratings

Mahar Cinta Cinderel...

Author : Maya Iris

Genre : Pop Melayu,Islamic N ...

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com