Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Hana Efriena

Genre

: Pop Melayu

UPC

: HNF00002

ISBN

: 9789671488263

Publisher

: HE Dynamic Enterprise

Total Pages

: 378

Biar Hati Mencintai #DHAI

Terlucutnya nama Rio sebagai pewaris utama wasiat itu menyebabkan lelaki itu mula berang. Lantas strategi diatur agar harta pusaka itu dapat dipindah milik ke atas namanya kembali. Bagi Rio, dialah pewaris yang paling berhak kerana Dhaif dan Dhaihani cuma sekadar anak yang dipungut oleh papanya sebelas tahun yang lalu.

You've messed with a wrong person, Dhai - Rio Haqil

Dhaif tersenyum sinis. Bencinya pada keturunan Dato Haslan menjadikan dia lelaki yang terlalu tamak.

Dua perkara yang aku langsung tak takut dalam dunia ni. Pertama, kau. Kedua, mati! - Dhaif Muhaz

Berbagai cara yang Rio lakukan semata-mata untuk memaksa Dhaif menandatangani pertukaran wasiat itu, namun ternyata semuanya gagal. Kata orang, jika sesuatu itu melibatkan soal hati dan perasaan. Ternyata itulah perkara yang paling rumit. Lantas selama Rio mengenali Dhaif, kelemahan lelaki itu cuma satu. PEREMPUAN.

Kau perlukan duit, kan? Jadi aku nak kau tawan hati dia dan dapatkan tandatangannya pada wasiat itu. Rio Haqil

Si gadis terhenyak. Keadaan membuatkan dia menjadi manusia yang tak berhati perut. Lantas misi itu disahut berani olehnya. Mengenali Dhaif selama enam bulan, hati dia mula tercuit. Lelaki itu langsung tidak sama seperti apa yang Rio pernah khabarkan

Kau memang suka tengok aku tak berbaju ke? Mata tu. Mata tu tolong jangan nak juling sangat, cik adik - Dhaif Muhaz

Mengenagkann perangai si Dhaif, pasti ada senyum yang melatari bibir. Dhaif yang suka menyakat. Dhaif yang kadang-kala nampak begitu melindungi dirinya. Namun, masih samakah layanan Dhaif padanya setelah dia sendiri yang menyebabkan lelaki itu jatuh miskin dalam sekelip mata?

Why have yo betrayed me, Thifa - Dhaif Muhaz

Kerana Nathifa Mumtaz, Dhaif hilang segala-galanya. Jika saat ini harta yang menjadi pertukaran, dia lebih rela melepaskannya pada Rio. Asalkan dia tidak perlu menerima hakikat bahawa kehadiran Nathifa dalam hidupnya selama ini hanya sekadar sebuah lakonan. Ah, perit!

Jangan pernah tunjukkan muka kau depan aku lagi, perempuan. Sebab aku takkan lepaskan kau dengan selamat untuk kali kedua. Sekurang-kurangnya mungkin aku patut kelar muka kau yang cantik tu kan? Jadi aku bagi kau peluang. Larilah selagi kau masih mampu - Dhaif Muhaz

Ugutan Dhaif menyebabkan Nathifa terpaksa akur. Akhirnya dia membawa diri jauh daripada lelaki itu. Sepanjang tempoh itu juga, keadaan Nathifa semakin berubah. Tiada lagi kehidupannya yang berwarna-warni semenjak mengenali lelaki bernama Dhaif Muhaz. Yang tinggal cuma rasa rindu yang tak akan pernah kesampaian. Dhaif membenci dan dia perlu menghadap kebencian itu buat seumur hidupnya. 


You might also like these books...

Italian Boy

Author : Dekna Lee

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Di Angin Lalu

Author : Ad Rahman Ahmad

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Bohemian

Author : Imaen

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com