Baju Kurung Merah Jambu

Baju Kurung Merah Jambu

'Baju yang kita lihat di bazar Ramadan minggu lepas cantik, kan? Ayah Mira dah janji nak belikan baju tu esok. Mira tak sabar nak pakai baju tu semasa hari raya nanti.'

'Baju mana yang Mira nak beli?'

'Baju kurung warna merah jambu tu.' Mira menjawab ringkas.

Air muka Hani berubah. Aku pun sukakan baju tu. Aku pun nak beli dan pakai baju kurung tu raya nanti. Cuma wang aku sahaja yang masih belum cukup.

Berjayakah Hani membeli baju itu sebelum Mira?

Suara Di Cuping Telinga

'Kamu ini siapa? Di mana kamu bersembunyi, hah?' tanya Syahirah gugup.

'Aku? Ha! Ha! Ha! Kamu fikir aku siapa?' Tanya suara itu. Syahirah mula ketakutan.

'Tak perlu kamu tahu siapa aku. Aku ada di mana-mana sahaja. Tetapi kamu tak nampak aku. Aku gembira kerana kamu turut menjadi sebahagian daripada sahabatku.'

'Aku nak tahu siapa kamu,' Jerit Syahirah

Suara siapakah yang terdengar di cuping telinga Syahirah?

Derita Ayah

Tiba-tiba muncul satu cahaya di hadapannya. Cahaya itu kemudiannya bertukar menjadi bebola api. Bahang panasnya benar-benar dirasai oleh Sumaiyah. Sumaiyah tidak tahu hendak buat apa...akhirnya..Sumaiyah terkulai, tidak sedarkan diri.

'Anakku Sumaiyah! Ini Ayahmu. Bangunlah nak'

Bagaimanakah Sumaiyah boleh bertemu ayahnya. Sedangkan ayahnya sudah empat tahun meninggal dunia? 


You might also like these books...

Kechai

Author : Amirul Bozu

Genre : Short Stories

 0 Ratings

Kapsul Nurani

Author : Adli Abdullah ,Ahmad...

Genre : Short Stories

 0 Ratings

Kapur Kasut Vs Kapur...

Author : Adli Abdullah ,Ai Be...

Genre : Short Stories

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com