Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir

Himpunan kertas-kertas yang dijilid kemas, dalam dadanya tersusun aksara yang mengusung makna. Secara tradisi, kertas-kertas berjilid inilah yang menjadi buku lalu menghiasi rak dan mengisi aktiviti membaca. Di manakah keasyikannya, dan bagaimanakah aktiviti ini mampu merubah manusia? Benarkah membaca dapat memperbaharu erti kehidupan, sama ada daripada sudut perasaan, intelek, kematangan mahupun nilai kendiri?

Begitu pertanyaan-pertanyaan kecil pada awalnya, akhirnya membentuk kemunculan buku ini. Sekumpulan rakan pelbagai latar di forum Goodreads Malaysia yang sama-sama mencintai buku, menurunkan pengalaman "membaca" mereka ke atas kertas. Ramai antara mereka pernah menghasilkan karya-karya yang jauh lebih besar, dan begitu gembira dapat menyumbangkan buah fikiran masing-masing untuk buku yang sederhana ini.

Hasilnya, 21 karya dengan rempah-ratus enak yang dimuatkan dalam naskhah ini bakal membawa pembaca ke dunia buku melalui sorotan pengalaman "membaca" itu sendiri. Di samping memperkenalkan buku-buku yang telah "memerangkap" rakan-rakan Goodreads Malaysia, pembaca turut dibawa ke daerah buku yang penuh dengan misteri dan keunikan. Sudah bersedia? 


You might also like these books...

Projek Seram: Hotel

Author : Ninie Othman ,Naim T...

Genre : Short Stories,Horror

 0 Ratings

Aku Bercerita

Author : Ramlee Awang Murshid...

Genre : Short Stories,Myster ...

 0 Ratings

Enam Kaki Dalam

Author : Taufik Khadri ,Afiq ...

Genre : Short Stories

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com