News Detail


QReazant Book Rental Store: Tempat Persinggahan Kanak-Kanak



16.10.2018



   Apabila tiba musim cuti sekolah, bagi yang tidak pergi bercuti dan tidak menghantar anak anak ke kelas tambahan akan pening kepala ke manakah hendak dihantar anak-anak mereka apabila ibubapa perlu bekerja.

   Usah risau. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun boleh dihantarkan ke QReazant Book Rental Store yang terletak di seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Setiap kali tibanya cuti sekolah, kami akan menyediakan perkhidmatan ‘babysitting’ di premis kami. Ini juga dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak mereka jika ditinggalkan berseorangan tanpa pengawasan orang dewasa.

   Di QReazant, mereka akan diawasi sepenuhnya oleh pemilik QReazant Book Rental Store sendiri, Raja Ezatul Akhma dan Raja Nazatul Akhma. Pintu kami dikunci sepenuhnya dan diawasi CCTV 24 jam. Kami tidak akan membenarkan anak-anak anda keluar dari premis kami. Jika Ibu bapa tidak dapat mencari tempat letak kereta di sekitar premis kami, kami sendiri yang akan turun mengambil dan menghantar anak anak puan-puan dan tuan-tuan.

   Ada pelbagai aktiviti yang boleh anak anak lakukan di QReazant. Kami ada pelbagai buku cerita, novel remaja, dan komik untuk kanak-kanak dan remaja. Persekitaran yang sesuai dan berhawa dingin amat elok untuk mereka membaca. Di musim cuti sekolah inilah masanya untuk mereka membaca pelbagai buku bukan akademik seperti novel dan komik. Mereka juga boleh membuat ulasan buku yang dibaca dan pihak QReazant akan menampal di rak sebagai ‘shelf talkers’

   Setelah penat membaca mereka juga boleh bermain dengan alat permainan yang disediakan oleh pihak QReazant. Permainan yang disediakan berkualiti tinggi dan selamat. Antara alat permainan yang disediakan adalah yang berjenama Fisher Price, Lego, Barbie dan Plarail/Tomica. Walaupun begitu, kami tidak mengeluarkan semua permainan yang ada sekaligus. Anak-anak puan-puan dan tuan-tuan boleh memilih untuk bermain permainan pilihan mereka dan jika mereka ingin menukar ke permainan lain, mereka diminta untuk mengemas dahulu permainan sebelumnya. Secara tidak langsung, mereka diajar untuk berdisiplin.

   Mereka juga boleh menonton DVD. Pilihan cerita yang ditayangkan adalah sesuai untuk tontonan kanak kanak seperti kartun Disney atau cerita superheroes. Kami juga sering menyiarkan rancangan National Geographic, Discovery Channel dan History channel. Pihak QReazant akan memantau rancangan yang di tonton oleh kanak kanak.

   Walaupun begitu, QReazant tiada kemudahan seperti taska tetap untuk menyediakan makan tengah hari dan makanan ringan untuk anak-anak puan-puan dan tuan-tuan. Oleh itu, sila sediakan bekalan sebelum datang ke tempat kami. Kami hanya menjual keropok ringan dan gula-gula sahaja dan ini mungkin tidak akan mengenyangkan anak-anak dan hanya sekadar 'snack' ketika membaca sahaja.

   Servis ini dijalankan setiap hari bekerja pada cuti sekolah, daripada pukul 9.30am hingga 6pm. Bayaran 'flat rate' untuk sehari akan dikenakan bagi setiap kanak kanak yang di tinggalkan di bawah jagaan kami.

   Harapan kami adalah servis kami ini dapat memudahkan ibubapa yang perlu bekerja di musim cuti sekolah, disamping memupuk minat membaca kepada anak anak.