Kenali Kami

Q’reazant (disebut kyuu-rey-zhunt) Enterprise diasaskan oleh dua beradik, Raja Ezatul Akhma bt Raja Fuaddin dan Raja Nazatul Akhma bt Raja Fuaddin, dengan visi untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada rakyat Malaysia.

Langkah awal mereka untuk mencapai visi tersebut adalah dengan membuka Q’reazant Book Rental Store pada bulan Julai 2006 di bandar universiti, Bandar Baru Bangi. Q’reazant menyediakan banyak seleksi buku tempatan dan antarabangsa, majalah dan komik untuk disewa khas untuk mereka di Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya.

"Kami tidak mahu orang ramai menjangkakan kami menyediakan buku cerita ringan sahaja. Koleksi buku kami merangkumi fiksyen dan bukan fiksyen dari penulis yang memenangi anugerah dan senarai bestseller. Kami juga menyewakan buku teks dan rujukan, juga majalah informatif seperti National Geographic dan Reader’s Digest. Dan untuk membantu pelanggan kami berehat selepas hari yang sibuk, koleksi buku komik dan jenaka kami pasti dapat membantu," kata pengurus Q’reazant dan rakan kongsi, Ezatul. Seorang pencinta buku dan penyokong sastera, Ezatul adalah graduan LaTrobe University, Australia dan mempunyai ijazah jurusan Business in Human Resource.

Menurut rakan kongsi dan pengurus Q’reazant, Nazatul, mereka memutuskan untuk membangunkan kedai ini kerana buku di Malaysia terlalu mahal dan ini memutuskan niat orang ramai untuk membaca. "Jika anda lihat pada tanda harga pada buku import, satu buku hanya berharga 4 atau 5 dolar dalam matawang mereka. Itu amat berpatutan bagi mereka. Buku dari penulis Malaysia pula memakan harga sehingga RM20. Dan apabila rakyat Malaysia tidak membaca, bagaimana mereka boleh menulis buku yang layak dibayar RM20??". Nazatul memperolehi ijazah jurusan kejuruteraan reka bentuk industri dari Takushoku Universiti di Jepun percaya dengan istilah “memberi balik” kepada negara dan berharap minatnya yang mendalam dengan pendidikan K-12 akan membantunya untuk melakukan itu. Beliau menerima Master dalan jurusan pengurusan bisnes dari Universiti Putra Malaysia dan sekarang tinggal di Kyoto untuk ‘mencuri’ cara orang jepun mendidik anak-anak mereka.

Tentang Kami

Raja Ezatul Akhma

ezatul_akhma@qreazant.com

Bachelor of Business in Human Resource,
LaTrobe University (Australia).

Raja Nazatul Akhma

nazatul_akhma@qreazant.com

Bachelor of Engineering in Industrial Design,
Takushoku University (Japan).

Master of Business Administration (Marketing)
Universiti Putra Malaysia.