Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Hasrudi Jawawi

Genre

: Pop Melayu

UPC

: JWW00001

ISBN

: 9789670184104

Publisher

: Karangkraf

Total Pages

: 709

Cucur Bawang & Kopi 'O'

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala.Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?'Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi. kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam?' - Iskandar

Andai bisa kau aku miliki, akan aku laksanakan kau bagai bulan. Akan kunanti setiap hari. Akan kurindu setiap waktu. Walaupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau begitu indah di mataku - Khairulnizam

Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. Itulah kuasa cinta - Rudiana. 


You might also like these books...

Akhirnya Aku Kahwin!

Author : Herna Diana

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Awas! Bila Hati Dah ...

Author : Tinta Biru

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Andai Itu Takdirnya

Author : Siti Rosmizah

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com