Available now for rent

No. of people in queue : 0


Author

: Ery Aieril

Genre

: Pop Melayu

UPC

: AIE00002

ISBN

: 9789670707426

Publisher

: October

Total Pages

: 694

Cinta Si Mamat Cappuccino

Pertemuan jejaka dengan gadis itu sememangnya bukan satu permulaan yang baik. Walaupun mempunyai ‘sesuatu’ kegemaran yang sama, namun ada saja yang didebatkan demi membela diri. Tapi orang kata kalau gaduh itu tandanya jodoh makin kuat. Benarkah? OMG! Tak mampu kedua-duanya membayangkan.

Liyana ingat pertemunan pada hari itu adalah pertemuan terakhir. Tapi mereka ditakdirkan untuk mempunyai hubungan yang tak pernah sesiapa menduga. Demi menunaikan hasrat orang tua, akhirnya Liyana menyerah diri untuk menyelamatkan lelaki itu.

“Siapa dia? Kenapa dia tolong aku? Di mana aku nak mencari dia?”
Jejaka itu tercari-cari insan yang menyelamatkannya. Namun bagi Liyana, biarlah hanya dia saja yang tahu pengorbanan yang dilakukannya. Niatnya ikhlas, dan sekali gus menebus kesalahannya atas pertelingkahan pada awal perkenalan mereka dahulu.

Liyana sudah mula menyukai lelaki itu, namun dia nekad biarlah rasa cinta itu timbul kerana dirinya, bukan kerana jasa yang pernah diberikan. Namun, adakah jejaka itu juga mencintainya dan akan memperisterikan dirinya? Liyana serahkan semuanya pada takdir Allah.

“Ada apa dengan kau perempuan sampai aku berjaya sukakan kau? Apa keistimewaan kau sampai aku tergila-gila dekat kau?”

Pertemuan demi pertemuan yang berlaku menyebabkan Fariz rasa bimbang dengan perasaannya terhadap gadis itu. Cuba dielak, kerana memikirkan standard dirinya dengan gadis itu, namun dia tak berdaya apabila gadis itu sering saja muncul di depan mata bersama senyuman ikhlasnya. Cintakah tandanya? Adakah dia juga rasa begitu atau hanya Fariz merasakannya sendirian?
 


You might also like these books...

Cinta Gantung

Author : Ilmar Imia

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Alahai Suamiku Amnes...

Author : Aii Fariza

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Citra Cinta

Author : Antasya Balkis

Genre : Pop Melayu

 0 Ratings

Purchase these best sellers from Amazon.com